Monday, May 20, 2013



Atlet SUKMALINDO galas nama negara di peringkat antarabangsa

Skuad SUKMALINDO bersedia untuk berangkat ke Indonesia bagi kejohanan persahabatan di sana.

SEPANG – Sebahagian Atlet mahasiswa Malaysia yang menyertai Kejohanan Persahabatan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia Dan Indonesia (SUKMALINDO) berangkat ke indonesia pada jam satu tengahari di LCCT. Masing-masing menggalas tanggungjawab bagi mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Rata – rata atlet yang menyertai SUKMALINDO adalah terdiri daripada pelajar daripada IPTA (Institusi Pengajian Tinggi Awam) dan IPTS (Institusi Pengajian Tinggi Swasta). Antara sukan yang dipertandingkan pada kejohanan persahabatan ini adalah seperti hoki, bola tampar, badminton, dan futsal.

Menurut Nor Ashikin Mohd Zawawe, 23, Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pemain futsal SUKMALINDO, berkata ini adalah kali pertama beliau mewakili Malaysia untuk acara futsal ke SUKMALINDO, sebelum ini hanya bermain bersama pasukan universiti dan kelab, tetapi untuk kali ini beliau akan menyertai kontijen malaysia menyertai pasukan sukmalindo malaysia ke peringkat antarabangsa.
Walaupun hanya perlawanan persahabatan tetapi bagi atlet – atlet mahasiswa negara, mereka perlu kekalkan stamina serta mentaliti yang secukupnya untuk menghadapi lawan yang sememangnya tidak kurang hebat di peringkat antarabangsa.

Menurut Syahidatulnur Mohd Yusuf, 23, pemain futsal SUKMALINDO, beliau rasa bertanggungjawab dalam membawa nama malaysia ke peringkat antarabangsa dan mengharapkan kemenangan akan memihak kepada mereka pada hari pertandingan nanti.
Kejohanan persahabatan ini akan berlansung di Universiti Pendidikan Indonesia (UPI) selama empat hari (16-19/5 2013). Selain kejohanan persahabatan SUKMALINDO, akan berlansung juga Seminar Internasional yang akan berlansung pada hari jumaat, 17 Mei 2013 bertempat di UPI jam tujuh pagi.                     


No comments:

Post a Comment