Thursday, May 30, 2013

Persediaan sebelum kEjOhaNan =)

Assalamua'laikum....

Sobahannur ya asdiqai....
Kaifa ha lukum?
Heee....jom prepare untuk next game...=)
Target sebelum SUKMA: maintainkan berat badan, mempunyai fitness yang secukupnya, bersedia fizikal dan mental, dan fokus untuk menang.
Yes!! itulah yang perlu aku bersedia sebelum game ini.


1. Maintainkan berat badan


2. Fitness yang cukup


3. Fokus untuk menang

Dalam setiap perlawanan, permainan atau latihan, fizikal dan mental adalah peranan utama dalam menentukan sama ada kita cenderung kepada kemenangan atau kekalahan.

Semua orang ada target masing-masing, dan cara masing-masing untuk tentukan apa fokus mereka dalam setiap kejohanan.

Tetapi cara ini adalah jalan yang berkesan untuk elakkan kita daripada hilang fokus dalam setiap perlawanan.














SufA 2012 BerSAm@ TeaMfuTSAL FPBU

Assalamua'laikum all.......

Futsal Futsal Futsal....=)
Siapa Pernah main??
Seronok kan??
Huhuhuhu....setiap kali SUFA ade,,mesti kami team dari FPBU join....hehehehe
Eh eh eh....kowg sume tau tak SUFA tu ape?? hehehehe... short form of Sukan Fakulti...=)
Alhamdulillah..kami tempat ke2 pada tahun 2012....

jom strcing before game...=)

walaupun Kami bukan lah star...tapi kami cuba sebaik mungkin untuk enjoy game ini....hehehehe....seronok game ni....kami kalah d final dengan FST, dan hanya mendapat tempat ke2...kami tak sedih....tapi seronok kerana kami dah cuba sebaik mungkin....
perlawanan akhir futsal SUFA 2012

Hehehehe.....actually 2 3 orang player team FST dari team futsal universiti, heeeee....dan ade juga dari mereka adalah budak SUKMA (Sukan Malaysia)...

Seronok kan??dapat main dengan budak SUKMA walaupun kami berlainan level dalam sukan ini....

Next SUFA tak sure dapat main ke tak...selalu injured...bagi semua player..tak kisah tok game ape pun....behave k time main....jaga injury...sekali kene, memang setiap kali main akan sakit if selalu sangat injured...

Take care ye kawan2....
Selepas layak ke Final....hehehe=)



Wednesday, May 29, 2013

**KaMI dAn SUFAHokI**

Assalamua'laikum sahabat semua~~~

Siapa pernah bermain hoki?, tahukah anda bagaimana permainan hoki ini?, anda pernah menyertai mana-mana kejohanan hoki?, anda pernah menjuarai mana-mana kejohanan hoki?, sejak bilakah anda menceburi bidang sukan hoki ini?


Walaupun hoki tidak sepopular seperti bola sepak tetapi hoki adalah salah satu permainan yang telah lama dimainkan oleh manusia. Ia mula dikenali sebagai sukan demonstrasi di Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan dijadikan salah satu sukan yang ditandingkan pada tahun 1928. Sejak itu ia dimainkan dalam Sukan Olimpik.

Adalah sukar untuk menyatakan dengan pasti bila dan di mana dimainkan pertama kalinya. Sejarah menunjukkan hoki telah dimainkan lebih kurang 4000 tahun yang lalu di Mesir. Bukti ini ditunjukkan atas sebuah makam Bani Hasan dekat Minia, Mesir yang sekitar 2000 S. M. Ia menunjukkan saw lukisan yang menggambarkan dua orang melakukan buli seperti yang digunakan dalam permainan hoki.




Heee,,itu lah serba sedikit tentang hoki....yang menariknya dalam memor aku ni, aku teringat SUFA 2012 lepas, walaupun kami hanya menduduki tempat ke-2, tetapi pencapaian itu amat dibanggakan oleh semua (Teammate). Mana taknya, kami tidak pernah bermain hoki sebelum ini, hanya melihat rakan-rakan sahaja bermain.

Salah seorang daripada pasukan kami adalah wakil universiti untuk sukan hoki, dialah yang mengajar kami basic sukan hoki ini, latihan hanyalah selama 3 hari sebelum kejohanan, kami mulakan dengan kosong sehinggalah mampu menjuarai gelaran naib johan bagi permainan ini.

Tidak susah untuk mahir dalam sukan ini, hanya memerlukan minat dan latihan yang bersungguh siapa pun boleh bermain dengan baik. Apa-apa jenis sukan, semuanya memerlukan minat dan sikap tidak putus asa untuk belajar juga penting dalam diri bagi setiap individu.




Monday, May 27, 2013

suKaN Itu MengEraTkAN HuBunGAn / TeAmwOrk !!!!!!



Assalamua'laikum kawan-kawan.....

Apa khabar semua?, sihatkah?, sakitkah?, semoga sentiasa berada dibawah RahmatNya dan sentiasa dilindungiNya In Sha ALLAH....amin.. 

Hampir ke hujung sem sudah...makin nak habis sem..makin banyak kerja yang belum siap lagi...apa nak jadi pun tak tau...penat sangat..hehehehe...semua orang sibuk-sibuk nak siapkan assignment yang belum disiapkan lagi..tapi aku?? hehehe...mengadap FUTSAL ja...tak boleh elak la minat ni...

Actually, malam ni aku ada training dengan budak negeri sembilan, tapi....disebabkan assignment yang bertimbun ni...aku korbankan jap minat aku tu...rindunya lah nak berFutsal...
Team futsal negeri sembilan~~~

Minggu depan, kami ada friendly match dengan team Rem Fc, kawan-kawan doakan kami menang ya..hehehehe... walaupun kami berlainan agama, negeri, status, umur, pekerjaan dan lain-lain lagi, tetapi...dengan bersukan/ berfutsal....kami satu team rapat, nampak teamwork di situ, thanks kawan-kawan... 



Monday, May 20, 2013



Atlet SUKMALINDO galas nama negara di peringkat antarabangsa

Skuad SUKMALINDO bersedia untuk berangkat ke Indonesia bagi kejohanan persahabatan di sana.

SEPANG – Sebahagian Atlet mahasiswa Malaysia yang menyertai Kejohanan Persahabatan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia Dan Indonesia (SUKMALINDO) berangkat ke indonesia pada jam satu tengahari di LCCT. Masing-masing menggalas tanggungjawab bagi mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Rata – rata atlet yang menyertai SUKMALINDO adalah terdiri daripada pelajar daripada IPTA (Institusi Pengajian Tinggi Awam) dan IPTS (Institusi Pengajian Tinggi Swasta). Antara sukan yang dipertandingkan pada kejohanan persahabatan ini adalah seperti hoki, bola tampar, badminton, dan futsal.

Menurut Nor Ashikin Mohd Zawawe, 23, Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pemain futsal SUKMALINDO, berkata ini adalah kali pertama beliau mewakili Malaysia untuk acara futsal ke SUKMALINDO, sebelum ini hanya bermain bersama pasukan universiti dan kelab, tetapi untuk kali ini beliau akan menyertai kontijen malaysia menyertai pasukan sukmalindo malaysia ke peringkat antarabangsa.
Walaupun hanya perlawanan persahabatan tetapi bagi atlet – atlet mahasiswa negara, mereka perlu kekalkan stamina serta mentaliti yang secukupnya untuk menghadapi lawan yang sememangnya tidak kurang hebat di peringkat antarabangsa.

Menurut Syahidatulnur Mohd Yusuf, 23, pemain futsal SUKMALINDO, beliau rasa bertanggungjawab dalam membawa nama malaysia ke peringkat antarabangsa dan mengharapkan kemenangan akan memihak kepada mereka pada hari pertandingan nanti.
Kejohanan persahabatan ini akan berlansung di Universiti Pendidikan Indonesia (UPI) selama empat hari (16-19/5 2013). Selain kejohanan persahabatan SUKMALINDO, akan berlansung juga Seminar Internasional yang akan berlansung pada hari jumaat, 17 Mei 2013 bertempat di UPI jam tujuh pagi.                     


Friday, May 17, 2013

Sukan Untuk Semua...


Tiada pengkhususan bagi lelaki atau wanita untuk bersukan...di zaman yang serba canggih dengn arus perdana ini, semua golongan mempunyai minat dan kelebihan masing-masing dalam bersukan.

Jika disebut mengenai sukan bola sepak, ianya sinonim dengan sukan kaum lelaki, tetapi sekarang sukan itu bukan sahaja untuk kaum lelaki, malahan kaum wanita juga sudah menceburi sukan itu.





Begitu juga sukan bola jaring, dahulunya sukan itu hanyalah untuk kaum wanita, tetapi sukan itu sekarang sudah dipelopori oleh kaum lelaki. Tiada had untuk sukan sekarang ini. Sukan itu bebas untuk semua golongan.





Persembahan menarik yang ditunjukkan oleh kaum lelaki bagi sukan wanita.

http://www.youtube.com/watch?v=XFoi5HuFahQ

Aksi bertenaga oleh kaum wanita ketika bermain permainan lelaki.
http://www.youtube.com/watch?v=9Wu-kbK3ons

Sunday, April 14, 2013

Assalamua'laikum kawan2....

Sedang saya tengah tolong kawan saya cari info tentang sukan...tiba-tiba saya tertarik dengan satu tajuk "Sukan sebagai penjana kecemerlangan pelajar". Apakah pendapat anda?
Menarik kan tajuk ni? tahu kenapa? sukan ni bukan sahaja membantu dalam menyihatkan tubuh badan kita, malah ia juga mampu meningkatkan lagi mutu prestasi kita dalam pembelajaran.

Di sini kita dapat lihat, akhbar tempatan kita juga menyokong bahawa sukan itu mampu meningkatkan lagi mutu pembelajaran.

KeRaTAn AkhBAr BERITA HARIAN 27 DisEmbeR 2010.
"DALAM kehidupan, bukan masyarakat terkuat atau terpandai yang akan terus hidup, tetapi mereka yang sentiasa mempunyai keinginan untuk berubah seiring dengan perubahan persekitaran, itu pendekatan yang diambil Kementerian Pelajaran bagi memacu pendidikan negara.
Pelbagai usaha, perubahan dasar serta penambahbaikan dibuat untuk memastikan kelicinan urusan semua pihak yang terbabit dalam sektor pendidikan di bawah naungan kementerian itu, namun banyak juga cabaran dihadapi, begitu juga persoalan yang menuntut penjelasan lanjut.


Tahun ini menyaksikan beberapa usaha penambahbaikan serta pengumuman dasar baru dibuat bagi memperkasakan sistem pendidikan negara serta sebagai maklum balas kepada cabaran semasa supaya terus relevan dan berada di landasan betul untuk melahirkan seberapa ramai modal insan berkualiti.

Antara usaha yang dilakukan awal tahun ini adalah pengumuman kumpulan pertama 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang dipilih daripada 10,000 sekolah seluruh negara berdasarkan prestasi cemerlang dalam akademik dan kokurikulum selari dengan misi mengangkat sekolah negara ini bertaraf dunia.

Langkah pengenalan kumpulan sekolah terbabit dilihat sebagai titik permulaan yang baik sebelum jumlah itu meningkat kepada 100 sekolah menjelang 2012, semua ini dilakukan bagi melihat anak Malaysia mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah walaupun masih berada di bangku sekolah lagi.

Cadangan mewujudkan pendidikan seks bagi mengurangkan isu masalah moral di negara ini April lalu pula menjadi topik perdebatan hebat banyak pihak memandangkan persepsi masyarakat Malaysia yang sensitif terhadap isu seks.
Justeru, Kementerian Pelajaran tidak menjadikannya sebagai sebuah mata pelajaran khusus, tetapi diajar menerusi subjek Pendidikan Kesihatan, di bawah Modul Teras Asas bagi Tahap Satu membabitkan murid Tahun Satu hingga Tiga yang diputuskan bulan lalu.

Kira-kira 500,000 murid Tahun Satu sesi persekolahan 2011 bakal menjadi kumpulan pertama diperkenalkan kepada mata pelajaran itu di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), mulai bulan depan. KSSR dilaksanakan dari Tahun Satu mulai tahun depan, diikuti Tahun Dua dan seterusnya sehingga lengkap satu pusingan pada 2016.

Kurikulum baru ini adalah penambahbaikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan ia akan memberi penekanan kepada pendekatan pembelajaran secara langsung, di samping keupayaan berbahasa serta pembelajaran berasaskan projek.

Seperti tahun sebelumnya, sambutan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan bertemakan 'Guru Pembina Negara Bangsa, di Gambang 17 Mei lalu turut memperdengarkan khabar gembira kepada golongan pendidik apabila kerajaan mengumumkan ganjaran RM900 hingga RM7,500 kepada pengetua, guru besar dan guru sekolah rendah serta menengah yang mencatat prestasi cemerlang mencapai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) ditetapkan.

Ganjaran yang diagih mulai tahun depan itu sangat sesuai dengan konsep mengutamakan pencapaian menerusi satu daripada empat sub Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) serta memberi pengiktirafan sewajarnya kepada guru yang memberi sumbangan penting kepada rakyat dan negara.

Diharapkan dengan penghargaan serta pengiktirafan seperti itu mampu menyuntik semangat baru kepada guru untuk lebih gigih bagi meningkatkan prestasi sekolah serta keberhasilan pelajar.

Sebagai langkah persediaan ke arah pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI) tahun depan, kementerian mendatangkan 360 guru yang juga penutur jati bahasa Inggeris dari United Kingdom, Australia dan New Zealand Jun lalu untuk melatih guru opsyen bahasa Inggeris di negara ini supaya golongan itu akan menjadi guru pakar yang memberi latihan pengajaran bahasa Inggeris lebih berkesan termasuk melalui pendekatan seni bahasa serta pembelajaran lebih interaktif.

Bagi melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah dalam melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, kementerian memperkenalkan Dasar 1Murid 1Sukan yang bakal dilaksanakan tahun depan.

Enam strategi dasar itu yang dipersetujui jawatankuasa ad-hoc dipengerusikan sendiri Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dilaksanakan termasuk memberi bantuan kewangan sukan kepada sekolah, mewajibkan pembabitan pelajar dalam aktiviti sukan, mengenal pasti program sukan sekolah untuk dilaksana sepanjang tahun, menubuhkan Bahagian Sukan secara berasingan, elemen sukan dimasukkan dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia dan mengenal pasti lima Institut Pendidikan Guru Malaysia untuk melatih guru sukan.

Satu lagi isu yang menjadi buah mulut tahun ini ialah kebenaran aktif dalam politik kepada pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah Gred DG41 hingga DG48 yang dibenarkan semula bertanding, dilantik atau memegang sebarang jawatan dalam parti politik, berkuat kuasa 1 Ogos lalu selepas 17 tahun dilarang berbuat demikian.

Keputusan membabitkan 140,000 guru itu dari satu sudut pandang boleh dilihat sebagai langkah pembaharuan dalam perkhidmatan awam serta mampu melahirkan ahli politik berpendidikan, namun ia tidak sewajarnya lebih difokuskan berbanding tugasan hakiki kelompok itu. Justeru, kerajaan menegaskan kebenaran berkenaan diberi dengan syarat ketat agar tugas dan fokus utama guru mendidik anak tidak terjejas dengan pembabitan dalam politik.

Pada 16 September lalu, selain rakyat negara ini diberi cuti umum sempena Hari Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut mengumumkan Program Susu 1Malaysia untuk diagih kepada 3.1 juta murid di seluruh negara membabitkan peruntukan RM375 juta setahun berasaskan pembekalan dua kotak susu seminggu setiap murid atau 270 juta kotak setahun bertujuan memastikan murid mendapat sumber protein mencukupi untuk menjalani pembelajaran, selain memiliki tubuh sihat dan cergas.

Program itu membuktikan kesungguhan kerajaan mengambil berat kebajikan pelajar terutama di luar bandar dan pedalaman, selain memberi kesan limpahan ekonomi meluas dalam jangka panjang.

Tahun ini juga, buat julung kalinya sekolah dibenarkan mengeluar sijil khas Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) bagi bahasa Melayu dan Inggeris kepada murid Tahun Enam yang boleh dijadikan dokumen sokongan, termasuk untuk permohonan memasuki Tingkatan Satu sekolah berasrama penuh dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Sijil itu mencatat pencapaian murid dalam PLBS bahasa Melayu dan Inggeris bagi empat kategori, iaitu tatabahasa dan kosa kata; sebutan, intonasi dan nada; fasih dan bermakna serta bertatasusila mengikut penggredan A, B, C, D atau E. Ia boleh diberi secara berasingan bagi pentaksiran lisan dua bahasa itu atau digabungkan keputusan kedua-duanya dalam satu dokumen sama.

Pihak sekolah boleh menggunakan logo masing-masing dengan dokumen itu ditandatangani guru subjek serta guru besar sebagai pengesahan.

Selepas empat bulan berpolemik dan beberapa siri rundingan meja bulat diadakan bagi membincangkan perubahan dua peperiksaan umum iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR), akhirnya pada 9 Oktober lalu, kementerian mengumumkan PMR tidak akan diteruskan serta diubah kepada format baru bermula 2014, manakala UPSR akan diteruskan dengan penambahbaikan mulai 2016.

Peperiksaan bagi pelajar Tingkatan Tiga akan dibuat melalui penilaian berasaskan sekolah, manakala UPSR bagi murid Tahun Enam akan mempunyai bentuk dan format yang agak berbeza, termasuk menggunakan nama baru. Antara penambahbaikan yang mungkin dilakukan untuk UPSR ialah 60 peratus penilaian murid akan berasaskan bidang akademik terpilih, manakala 40 peratus lagi berdasarkan kokurikulum atau sivik.

Kemudian bagi peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula, Sejarah diumumkan menjadi mata pelajaran wajib lulus seperti Bahasa Melayu bagi peperiksaan itu mulai 2013 dan dilaksanakan sebagai mata pelajaran teras mengikut KSSR tahun berikutnya.

Pada 8 November, Pengarah Institut Aminuddin Baki, Datuk Abdul Ghafar Mahmud dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran yang baru bagi menggantikan Tan Sri Alimuddin Mohd Dom yang bersara wajib pada hari sama.

Sehari selepas itu, Kementerian Pelajaran mengumumkan pelantikan tujuh pakar akademik sebagai ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan yang berperanan menasihati menteri dalam soal pembangunan dan isu pendidikan negara.

Terbaru, sebahagian daripada 12,000 guru sandaran tidak terlatih (GSTT) di seluruh negara menarik nafas lega apabila Kementerian Pelajaran mengumumkan untuk tidak memberhentikan kelompok itu yang bakal tamat kontrak tahun ini. Langkah itu diambil bagi memastikan kekurangan tenaga pengajar di sekolah dapat diatasi dan pendidikan pelajar juga tidak akan terganggu.

Guru GSTT yang sudah lama bertugas diserap ke jawatan tetap secara berperingkat melalui kursus dalam cuti atau Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) berdasarkan tempoh pengalaman bertugas sebagai guru GSTT dan keutamaan diberikan kepada guru sudah berkhidmat lebih tiga tahun.

Diharap dengan peruntukan bajet tahun depan sebanyak RM29.3 bilion di bawah strategi kedua yang menekankan pembangunan modal insan diberikan kepada Kementerian Pelajaran mampu melonjakkan lagi kecemerlangannya supaya terus meneraju sektor pendidikan negara ke satu tahap lebih membanggakan."

Tuesday, April 9, 2013


Assalamua'laikum kawan2ku sayang~~ ^^,

Di sini saya ingin mengongsikan tentang sukan & islam yang diulaskan oleh  oleh Prof Madya Syed Omar Syed Agil... leps saya baca ulasan ini, saya lebih tertarik untuk bersukan...kerna riadah itu adalah Sunnah...:)).... mari kawan2...kita sama-sama mendalami tentang sukan dan kebaikannya.....



Ulas Prof~~

Sesungguhnya memang benar firman Allah SWT `Dan tidak Kami utuskan kau(Muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam.

Inilah matlamat kedatangan Rasulullah s.a.w yang membawa risalah Islam untuk semua manusia. Islam bererti patuh dan tunduk kepada Allah SWT. Oleh itu Muslim bererti orang yang patuh dan tunduk kepada Allah SWT.

Islam bukan sahaja satu agama yang merangkumi aspek peribadatan semata tetapi satu cara hidup yang menyediakan peraturan dan panduan dalam segala aspek kehidupan manusia termasuk kerohanian, ekonomi, politik, sosial, kesenian, ketenteraan dan tidak terkecuali, sukan. Ini ialah kerana Islam amat peka terhadap pembangunan aspek spiritual, jasmani, intelektual dan emosi manusia agar proses transformasi yang di lakukan dalam dimensi-dimensi ini dapat melahirkan manusia bertaqwa, seimbang, berilmu, berakhlak, sihat, intelek, berdisiplin serta teguh pendirian.

Allah sebut di dalam Al-Quran `Tidak Kami Abaikan Sesuatu pun di dalam Al Kitab’(Surah Al-An’am, 38). Al-Quranlah sumber inspirasi, motivasi, ilmu pengetahuan, pengubat pelbagai penyakit fizikal, emosi dan rohani dan yang menjelaskan segala perkara yang bersangkut paut dengan perkara duniawi dan ukhrawi. Ini ialah kerana ia adalah wahyu Allah SWT Sudah tentu Pencipta manusia lebih bijaksana daripada manusia itu sendiri. Pembuat jam sudah tentu lebih mengetahui mengenai komposisi jam itu, kelemahanya dan bagaimana untuk menggerakkanya daripada orang yang memakai jam tersebut. Begitu juga Allah SWT lebih tahu mengenai apa yang baik untuk manusia daripada manusia itu sendiri kerana Dialah yang menciptakan manusia. Allah sudah menentukan hanya cara hidup Islam sahaja yang menjamin kebahagiaan manusia di dunia dan di akhirat.

Oleh kerana itulah Islam melihat proses pembinaan fizikal yang utuh seseorang Muslim itu sebagai satu kewajipan yang harus di berikan perhatian. Allah mahu hamba-hambaNya mempunyai tubuh badan yang sihat agar ia dapat melakukan tugasnya sebagai khalifatullah fil ard di muka bumi, mentaati perintahNya dan menjauhi laranganNya secara berterusan . Tugasnya termasuk seperti firman Allah SWT

`Kamulah sebaik-baik umat yangdilahirkan daripada manusia. Kamu mengajak kepada kebaikan, kamu melarang daripada kejahatan dan kamu beriman kepada Allah’.

Apabila seseorang Muslim itu sihat ia mempunyai kekuatan, kemampuan dan fikiran yang cergas untuk melaksanakan apa sahaja tugas yang di amanahkan kepada nya oleh Allah SWT serta tanggungjawab lain yang di amanahkan oleh manusia lain kepada nya samada dalam sesebuah organisasi, persatuan, kelab, rumahtangga, masyarakat atau pemerintahan. Setiap individu di anugerahkan oleh Allah SWT dengan potensi dan bakat yang tersendiri. Kita haruslah mengembangkan potensi dan bakat yang di anugerahkan kepada kita oleh Allah SWT dengan cara yang di benarkan oleh syariat Islam bukan melalui cara-cara yang bercanggah dengannya. Gunakanlah potensi dan bakat ini untuk mengajak manusia supaya kembali kepada cara hidup Islam. Ini termasuk potensi dan bakat dalam aktiviti sukan.

Sebab itu ada perpatah Arab yang berbunyi

`Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat’

Badan yang sihat akan melahirkan minda yang sentiasa aktif untuk membuat sesuatu kebaikan dan menghilangkan rasa malas, kurang motivasi, mengurangkan penyakit dalam badan dan membawa kepada kecemerlangan dalam kehidupan seseorang Muslim samada dia seorang pelajar atau apa sahaja profesyen yang dia ceburi. Malah kualiti dalam hasil kerjanya juga akan terserlah dan akan meningkat dari masa kesemasa di sebabkan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan mampu memberi penumpuan dan fokus kepada kerjanya.

Sebab itulah Rasulullah bersabda `Allah lebih menyayangi orang Mu’min yang kuat dari orang Mu’min yang lemah’ Seseorang Muslim mempunyai banyak tanggungjawab yang harus di laksanakan termasuk tanggungjawab terhadap dirinya, keluarganya, ibubapanya, saudara seagamanya, jirannya, masyarakatnya dan negara. Ini sudah tentu memerlukan kesihatan tubuh badan agar dia dapat melakukan amal soleh dan kerja-kerja kebajikan dan meningkatkan kualiti kerjanya. Bagaimana boleh seorang Muslim melaksanakan ayat Quran yang berbunyi `Berlumba-lumbalah melakukan kebaikan’ (Surah Al-Maidah)sekiranya dia sentiasa menghadapi masalah kesihatan.

Malah kita di tuntut untuk membuat persediaan untuk menghadapi kekuatan musuh `Perlengkapkanlah diri kamu untuk mereka(musuh) sekadar yang terdaya dari kekuatan’(Al-Anfal: 60)

Walaubagaimanapun ini tidak bermaksud seseorang Muslim itu harus terlibat dalam sukan atau apa sahaja aktiviti jasmani sehingga lupa kepada tanggungjawab-tanggungjawab lain. Allah SWT tidak meredhai seorang Muslim yang begitu seronok bersukan sehingga dia melupai waktu solatnya. Atau seorang Muslim yang menyertai aktiviti sukan tanpa memikirkan pakaian yang sesuai dan menutup aurat sehingga auratnya terdedah kepada penglihatan orang lain dan ini adalah di haramkan oleh Islam. Islam mahu menutup `pintu-pintu kerosakan’ dan aktviti-aktiviti atau faktor-faktor yang boleh menyebabkan teransangnya nafsu syahwat lelaki kepada wanita dan sebaliknya yang bukan suami isteri adalah mengundang kepada kerosakan dan kehinaan dalam masyarakat.

Oleh kerana itulah, kita dapat lihat gejala sosial dan penyakit yang berpunca daripada hubungan bebas lelaki dan wanita semakin berleluasa kerana manusia ingkar terhadap panduan dan peraturan yang di tetapkan Allah SWT yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana dan mereka tunduk kepada telunjuk hawa nafsu mereka. Allah berfirman `Tidakkah kamu melihat manusia yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhanya? Manusia yang di ciptakan oleh Allah SWT agar tunduk dan patuh kepada Nya memilih jalan yang merosakkan dirinya dengan mematuhi kehendak nafsunya.

Oleh itu Islam amat menekankan agar peraturan dan panduan Islam di patuhi dalam semua aspek termasuk dalam aktiviti sukan yang amat di galakkan dalam Islam.
Selain daripada itu kita mahu supaya aktiviti sukan yang kita libatkan diri akan di kira sebagai ibadah dan di terima oleh Allah SWT sebagai bekalan di hari akhirat kelak apabila kita bertemu dengan Allah SWT untuk di kira segala amalan kita dan di hisan oleh Nya samada kita di masukkan kedalam syurga atau nereka. Untuk itu kita harus pastikan agar aktiviti sukan atau apa sahaja program pembangunan jasmani yang kita hadiri memenuhi syarat-syarat berikut:
  1. Niat kita haruslah untuk menjaga kesihatan badan agar mendapat keredahaan Allah SWT
  2. Aktviti itu tidak lakukan dalam suasana yang bercanggah dengan syariat Islam.
    Dalam Islam `Matlamat tidak menghalalkan cara’ atau `al ghayah la tubarrirul wasilah’. Matlamat yang baik iaitu untuk menjaga kesihatan badan tidak harus di cemari dengan cara atau pendekatan yang bercanggah dengan syariat Islam. Kita tidak mahu usaha menyihatkan badan melalui aktiviti sukan tidak di kira sebagai ibadah oleh Allah SWT dan ia menjadi sia-sia sahaja. Aktiviti sukan yang membenarkan pencampuran lelaki dan wanita secara bebas boleh membawa kepada kemudaratan jiwa , akal dan emosi. Akhirnya ia boleh membawa kepada perbuatan sumbang dan merosakkan akhlak mereka yang terlibat.

    Oleh itu adalah sesuai dengan syariat Islam sekiranya tempat dan waktu bersukan bagi lelaki dan wanita di asingkan agar perkara ini dapat di elakkan. Kita harus menaman dalam diri kita rasa malu . Apabila rasa malu hilang daripada diri kita maka akan musnah benteng yang dapat menghalang kita daripada melakukan perkara-perkara lain yang lebih dahsyat lagi sehingga kita bersedia untuk meruntuhkan kehormatan kita.

    Rasulullah s.a.w selalu berdoa `Ya Allah, sihatkanlah tubuh badanku, sihatkanlah pendengaranku dan sihatkanlah penglihatanku’ (Allahuma a`fini fi badani, Allahuma a`fini fi sam’I, Allahuma `afini fi basori)

    Kita juga di tuntut untuk berdoakan diri kita seperti ini agar Allah SWT sentiasa memberikan kesihatan kepada keseluruhan tubuh badan kita.
    Almarhum Ustaz Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya `Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam’ jilid satu menyebut:

    `Sebab itu Islam menganjurkan kita mempelajari berenang, melimpar panah, menunggang kuda dan sebagainya. Al Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah mengelilingi para sahabatnya dalam kumpulan-kumpulan melimpar panah seraya mengalakkan mereka katanya `Limparlah kamu dan aku juga akan menyertai kamu sekalian’

    Walaubagaimanapun kita harus ingat bahawa sakit dan sihat itu adalah anugerah Allah SWT dan aktiviti sukan itu hanyalah usaha manusia untuk menjaga kesihatannya. Oleh itu kita harus bersyukur kepada Allah SWT apabila kita di anugerahkan dengan kesihatan tubuh badan dan tidak merasa megah dan sombong sehingga kita lupa bahawa ini semua adalah anugerah Allah SWT kepada kita.

    Dalam Al-Quran di sebut `Dan apabila aku sakit, Dia(Allah)lah yang menyembuhkan’ Oleh itu kita haruslah sentiasa memohon kepada Allah dan mengharapkan bantuan dan pertolonganNya kerana hanya Dia sahajalah yang dapat memenuhi permohonan kita. Islam menyuruh kita berusaha dengan pelbagai cara seperti berjumpa doktor, bersukan dan makanan yang baik dan halal untuk menjaga kesihatan tetapi yang menentukan segala-galanya adalah Allah SWT. Oleh itu kita harus bersyukur dan sentiasa berharap kepadaNya.

    Gunakanlah waktu kita sihat dengan bijak dan tidak membuang masa dengan percakapan dan perbuatan yang tidak baik serta berusahalah untuk meningkatkan amal perbuatan yang di redhai oleh Allah sebagaimana yang di gariskan dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. Apabila kita sakit kita akan sedar betapa pentingnya waktu sihat itu di manfaatkan dengan cara yang berkesan kerana apabila kita sakit kita tidak mampu atau lemah untuk berbuat apa-apa walaupun untuk beribadah. Masa kita dalam keadaan sakit dan lemah inilah biasanya manusia akan memohon kepada Allah SWT agar dia cepat semboh supaya dia dapat melakukan perkara-perkara yang biasa di lakukan setiap hari.

    Jangan kita lupa menziarahi rakan yang sakit sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT yang memberi kita kesihatan dan kita harus mendoakan agar dia cepat sembuh. Ini juga merupakan tanggungjawab seorang Muslim kepada seorang Muslim yang lain dan merupakan strategi dakwah yang berkesan untuk menarik manusia supaya bersama-sama dalam barisan Islam. Rasulullah sendiri pernah di riwayatkan menziarahi seorang Yahudi yang sakit yang membenci baginda sehingga akhirnya orang Yahudi itu memeluk agama Islam.

    Oleh itulah marilah kita bersama-sama menggerakkan aktiviti sukan untuk kekuatan dan kesihatan badan agar dapat melahirkan minda yang sihat dan cergas untuk mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat sebagaimana yang kehendaki oleh Pencipta yang Maha Berkuasa, Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui iaitu Allah SWT. Di waktu yang sama kita jangan lupa bahawa Allah sentiasa memperhatikan kita dan setiap perbuatan baik dan buruk yang kita lakukan akan di catit dan menerima balasan yang setimpal.







    Futsal  is a variant of association football that is played on a smaller pitch and mainly played indoors. Its name is a portmanteau of the Portuguese futebol de salão, which can be translated as "hall football". During the sport's second world championships held in Madrid in 1985, the Spanish name fútbol sala was used. Since then, all other names have been officially and internationally changed to futsal. It was developed in Brazil and Uruguay in the 1930s and 1940s as a solution to the lack of available football fields. In Brazil futsal is played by more people than soccer but does not attract as many spectators as the outdoor sport. Several futsal players have moved on to careers as successful professional soccer players.





     Futsal is played between two teams of five players each, one of whom is the goalkeeper. Unlimited substitutions are permitted. Unlike some other forms of indoor football, the game is played on a hard court surface delimited by lines; walls or boards are not used. Futsal is also played with a smaller ball with less bounce than a regular football. The surface, ball and rules create an emphasis on improvisation, creativity and technique as well as ball control and passing in small spaces.



    Monday, April 8, 2013

    **Mari Bersukan**

    Assalamua'laikum kawan2....

    Adakah anda suka bersukan?
    Sukan apakah yang anda suka?
    Adakah anda tahu faedah daripada bersukan?
    Sejak bilakah anda menceburi bidang sukan?

    Heee....saya suka sangat bersukan, tak kisahlah sukan apa pun, janji mengeluarkan peluh. Saya mula bersukan sejak di sekolah menengah, dengan permainan ping-pong, tapi saya tak dalami sepenuhnya ilmu ping-pong, sekarang pun dah lupa cara main dia dengan betul or law dia sebab dah lama tak main. Waktu di sekolah dahulu saya tiada peluang untuk main pelbagai sukan sebab skop sukan yang disediakan sikit sangat....:(( sedih...tapi sekarang dah mula aktif sejak saya masuk universiti.

    Sweet Moment~~

    Bersukan ni bukan sahaja untuk kesihatan, malah ia juga dapat mengurangkan stres dalam kehidupan seharian. Berpeluh pun takpe, janji segala masalah dapat ditepikan sementara...:)...saya minat sangat bola, jadi saya pilih Futsal sebagai sukan kegemaran saya, saya bermula dengan kosong tentang futsal sehinggalah sekarang, walaupun saya masih kurang pengetahuan tentangnya, tapi alhamdulillah saya masih berpeluang mempelajarinya daripada jurulatih saya hingga ke hari ini.

    Saya bertudung, orang beranggapan sukan tidak sesuai untuk mereka yang bertudung, pendapat anda??
    Bagi saya bertudung bukanlah penghalang untuk seseorang bersukan, janji masih menutup aurat. Heee...saya mula sertai tournament futsal sejak hujung tahun 2010 dekat UIAM gombak, baru je sebenarnya saya ceburi sukan futsal ini. Banyak lagi saya kena belajar, terima kasih kepada jurulatih saya Encik Mohd Syafiq Ezdee, Encik Faizul, dan Encik Mohd Alhamdi kerana banyak membantu saya sepanjang penglibatan saya dalam sukan futsal ini. "Terima kasih Coach"...heeee

    Semoga kawan2 yang tidak berminat bersukan agar menjinakkan diri kepada dunia sukan untuk kesihatan tubuh badan dan mengisi masa lapang...:)